19 Februari 2016 - 17:39
Zionis cemas, Sayid Nasrullah ancam loji nuklear Israel

Media Israel terpaksa membuat liputan ancaman Hasan Nasrullah yang dianggap serius

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Setiausaha Agung Hizbullah Sayyed Hasan Nasrallah sekali lagi membuatkan media Israel sakit kepala dengan mengemukakan satu persamaan baru dalam konfrontasi dengan entiti Zionis.

Bercakap pada hari Selasa lalu, Sayyed Nasrullah berkata, pejuang mampu mensasarkan tangki ammonia di Haifa dalam peperangan dengan musuh Israel pada masa akan datang, memberi amaran bahawa roket Hizbullah yang menggempur loji penyimpanan ammonia "akan mewujudkan kesan bom atom."

Mengulas kata-kata tersebut, media Israel berpendapat bahawa Sayyed Nasrallah sekali lagi mengamalkan perang psikologi yang berjaya terhadap Israel, sambil menyatakan bahawa media tidak boleh mengabaikan ancaman dan mereka terpaksa membincangkan isu tersebut. Gerakan zionis bimbang dengan ancaman Sayyed Nasrullah terhadap loji ammonianya.

"Nasrallah sebelum ini mengancam untuk menggempur tangki ammonia di Haifa yang boleh mencetuskan ledakan atom. Kenyataan Nasrallah ini dilaporkan dalam berita utama, "Niv Riskin, manakala penyampai berita di saluran Israel 2 berkata, "Kalaulah media Israel jatuh ke dalam perangkap yang dipasang oleh ketua Hezbollah?"

Sementara itu, Avi Zakharov, penganalisis politik berkata bahawa terdapat satu "permainan lama" di antara Israel dan pemimpin Arab.

"Apabila seorang pemimpin Arab mengisytiharkan ancaman, media Israel membuat liputan, terutamanya jika pemimpin ini adalah (Sayyed) Hasan Nasrallah, tokoh yang sekali lagi mengancam Israel," Zakharov berkata dalam talk show politik di saluran Israel 2.

Para pengulas Israel menganggap bahawa kredibiliti Sayyed Nasrallah adalah titik utama kekuatan dalam ucapannya, sedangkan kredibiliti ini memaksa media Israel untuk memandang serius ancaman itu.

wartawan Israel Oded Ben Ami berkata Sayyed Nasrullah telah berulang kali membuktikan kredibilitinya dan kemuliaan beliau dalam tidak memalsukan sebarang dakwaan.

"Kata-kata (Sayyed) Nasrullah adalah berdasarkan kebenaran. Saya percaya kepadanya apabila dia berkata bahawa dia boleh menggempur bom nuklear yang kita ada. Kita perlu memandang berat ancaman itu. Terdahulu, beliau berkata perkara-perkara yang Israel sudah tahu" ujar Ben Ami sambil menambah:".. Sebagai seorang wartawan, saya berminat dalam membuat liputan ucapannya yang tepat".